Ogos 17, 2013

Kesayangan

Ada makwe ni. Suka ketawa. Buat aku, gembira. Dia itu macam lagu, Lenka The Show.  Macam kau jalan riang. Di kebun strawberry. Dia pakai gaun putih. Topi pantai merah. Jalan hadapan aku, dan pandang kebelakang. Senyum. 

Aku hulurkan tangan. Dia sambut. Aku peluk pinggang dia. Dia peluk leher aku. Ya. Di kebun strawberry. Aku sarungkan headband Yunani. Pandang mata dia. Perfect. Dia senyum. Lipstick Rose Tea. 

Ibu jari kanan dia. Usap pipi aku. Macam itu lah aku gembira. Bukan susah pun nak gembira. Kan? Cukup dia seorang hadir dalam hidup ini. Terus rasa bangga. Aku namakan dia, Kesayangan. 

Yerr, memang sedikit geli. Tapi, hihihi. Peduli laaaa

*****

Awak. Nama awak ringkas. Tapi sedap disebut. Saya tulis ini sebab nak beritahu awak sesuatu tentang apa yang awak perlu tahu, iaitu; Saya ini menerima awak seadanya. Saya tak perlukan awak dalam pakej sempurna untuk saya sayang pada awak. Cukup sekadar awak menjadi diri awak. Itu sudah buat saya sayang awak dan  merasa saya dihargai sebagai seorang lelaki.

Apa guna jika saya menjadi lelaki tetapi tidak dihargai?
Apa guna kalau ada kekasih kerja gred 41 tapi dia buat saya seperti kenalan?
Apa guna kalau ada kekasih berijazah tapi dia buat saya sebagai lelaki kedua?
Apa guna kalau ada kekasih dari keluarga kaya tapi saya ini hanya persinggahan saja?
Apa guna kalau ada kekasih top-model, pramugari, eksekutif, editor, jurutera, designer dan senang cakap mereka itu good enough menurut tafsiran awak tetapi in the end saya ini ditinggalkan kerana saya ini tak cukup ketinggian, gemuk dan mungkin terlalu berisiko. Heh...

Saya telah berfikir.
Tak kisah awak tiada pelajaran tinggi.
Tidak kisah awak kerja atau tak.
Tidak kisah awak tiada rupa.
Tidak kisah lah awak perangai tak molek.
Tidak kisah lah semua itu.
Cukup hanya satu ini saja yang memadai buat saya.

Awak hargai saya sebagai seorang lelaki.
Saya seolah rasa seperti;
'I'm your man, and I feel like a real man when you with me'




Itu saja dan sila kagum dari jauh.

5 ulasan:

HAJAR AHMAD berkata...

beruntung jadi perempuan itu :)

MSfaten berkata...

mcmana kalau prmpuan tu mmg ckup kriteria di atas, but still lelaki tu yg xhargai kehadiran prmpuan tu. selalu ckp he needs his own space. hmmm.. sedih!

CikJa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
CikJa berkata...

sangat mengkagumi dari jauh!!! melting~

ida_nurdiya berkata...

akhirnya. tahniah, aqram ! hope kekal sampai jinjang pelamin. saya kagum dari jauh, teringin nak dapat kad walimatulurus. hee