Disember 17, 2013

Kitab Terfaktab

Masih segar dalam ingatan sewaktu aku dan Zara melakukan brainstorm di Muar, berbincang mewujudkan sebuah buku untuk Skuad Terfaktab. Kemudian, hal ini dilanjutkan dengan perbincangan seluruh anggota Skuad Terfaktab. Kami bertukar idea antara satu sama lain. Kami berbincang pada pertengahan 2011, menyenaraikan bepuluh topik dan isu dalam hal relationship, membuat kajian sosial perhubungan manusia, laporan dan statistik untuk persediaan mewujudkan buku yang dinamakan Kitab Terfaktab.

Kami ingin jadikan Kitab Terfaktab sebagai buku yang bebas, tidak terikat, tidak skema dan mempunyai hal tersirat dan level yang tersendiri. Motifnya untuk memberi kepuasaan kepada para pembaca yang membaca. Memberi kelainan, memberi motivasi, pengajaran dan perkongsian pengalaman serta pemerhatian. Juga memberi satu impak dalam dunia penerbitan, penulisan dan industri buku.

Jika Harry Potter, Lord Of The Rings dan Twilight mempunyai siri-siri tersendiri. Mengapa tidak Kitab Terfaktab? Itu yang kami mahu lakukan. Kami terus memerah idea dan melakukan brainstorm selama 3 tahun ini untuk menghasilkan Kitab Terfaktab.

Kitab Terfaktab pertama. Definisi Cinta Infiniti.
Kitab Terfaktab kedua. Nakal Tapi Halal. 
Kitab Terfaktab ketiga. Sarkastik Cinta. 

Dan kini yang terbaru. Kitab Terfaktab keempat. Konotasi Rasa. 

Wujudnya Kitab Terfaktab ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Ada yang suka, teruja dan memuji. Ada yang mencerca, mengkritik dan menghasut dengan tohmahan buruk. Ada yang menyimpan cita-cita untuk menjadi 'keluarga Skuad Terfaktab'. Ada yang menyimpan dendam untuk menjatuhkan Skuad Terfaktab ini. Pelbagai reaksi dan aksi ini membuatkan hubungan antara penulis di Skuad Terfaktab semakin akrab. Walaupun ada yang keluar dan masuk dalam Skuad Terfaktab ini, kami masih terus menulis dan menulis tanpa noktah.

Dalam perhubungan manusia atau relationship atau cinta. Kami mendapati wujudnya empat fasa. Kami telah bahagikan kepada fasa perkenalan, fasa persefahaman, fasa pergolakan, dan fasa keputusan. Inilah teras Kitab Terfaktab selama ini dan menjadi entiti pembahagian setiap topik dalam Kitab Terfaktab. Apa yang menariknya, kami juga mahu konsep ini menjadi 2 dalam 1. Iaini;

Definisi Cinta Infiniti = Fasa Perkenalan.
Nakal Tapi Halal = Fasa Persefahaman.
Sarkastik Cinta = Fasa Pergolakan.
Konotasi Rasa = Fasa Keputusan.

Kami telah berjaya melakukannya dan sehingga kini kami telah menghasilkan 93 topik yang berbeza. 

Sekarang, wujud persoalan sama ada Konotasi Rasa ini merupakan siri yang terakhir atau tidak? Kalau kamu tanya pada aku, selama 3 tahun dalam Skuad Terfaktab ini sebenarnya kami juga bereformasi dan berevolusi dalam hal relationship. Bermakna, kami juga menemui hal-hal baru yang kami masih simpan dan tidak meletakannya dalam Kitab Terfaktab. 

Kami menemui fasa yang kelima. 

Tiada ulasan: