Disember 28, 2013

Penerbitan Alternatif-Indie 2013 Malaysia

Tahun 2013 telah mengumpulkan banyak penerbitan alternatif-indie yang berjaya memecahkan monopoli buku terbitan arus perdana. Tetapi, ramai pembaca dan orang ramai keliru atau tidak tahu tentang mereka. Nota ringkas ini ditulis untuk rujukan kepada kita semua.

Senarai penerbitan alternatif-indie di Malaysia.

Terfaktab Media -> Yang terkenal dengan tetralogi Kitab Terfaktab.
Dubook Press -> Yang terkenal dengan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Selut Books -> Yang terkenal dengan buku Seksi Ovari.
Merpati Jingga -> Yang terkenal dengan buku Bogel Menuju Tuhan.

Selut Books merupakan gabungan dari dua penerbitan iaitu Selut Press dan SFP Press. Kemudian Terfaktab Media, Dubook Press, Selut Books dan Merpati Jingga membentuk satu kolaborasi yang dinamakan; Konsortium Indieke

Lejen Press -> Yang terkenal dengan buku Awek Chuck Taylor.
Fixi -> Yang terkenal dengan buku Kelabu.

Fixi mempunyai dua cabang penerbitan lain iaitu Fixi Novo dan Fixi Retro. Lalu Lejen Press dan Fixi bergabung tenaga membentuk satu nama; Jelajah Lejen-Fixi.

Buku Balakong

Mungkin ada banyak lagi syarikat penerbitan yang tak dapat disenaraikan. Kalau ada lagi, sila tulis pada ruangan komen. Yang penting sebenarnya, penerbitan alternatif tidaklah tumbuh bagai cendawan seperti yang digembar-gemburkan. Kalau dikira cuma ada 20 lebih penerbitan yang masih aktif. Ada penerbitan yang telah lama wujud sejak 2005 lagi. Cuma pada 2011-2013, apabila Terfaktab Media, Lejen Press dan Fixi mula menerjah dunia penerbitan dengan lebih aktif, maka wujudlah beberapa penerbitan baru.

Aku rasa, dunia clothing indie lebih tumbuh bak cendawan dari dunia penerbitan alternatif-indie. Dengar khabar event clothing indie Tempatan Fest mempunyai penyertaan 98 syarikat-komuniti clothing. Gila. Hat tu baru depa kata tumbuh bak cendawan! 

Chalo

2 ulasan:

pepol berkata...

lagi satu, sen studio

NorHayati berkata...

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=312265 buat duit tanpa modal.