Januari 24, 2013

Se-ja-rah

"Sejarah ditulis oleh orang yang menang"

Aku cuma nak sangkal sedikit dan memberi idea. Yang aku pendapatkan;

"Sejarah ditulis oleh orang yang merancang"

Sekarang ni sejarah orang kalah pun kita boleh baca bila belajar banyak perkara. 

Januari 20, 2013

Bagi Kuasa Ke Cina

Maaf kalau tercerita pasal politik. Tapi aku membangkitkan hal ini kerana ia dalam circle aku sekarang. 

Orang cakap ; Teruk-teruk UMNO tu, tak kisahlah orang nak kata apa dia bertelagah ke, tabur duit nak dapat sesuatu ke. Tapi kuasa tetap kekal pada tangan Melayu. UMNO pertahan benda itu.

Orang cakap ; Kalau orang Melayu kat PKR dan PAS, mereka sewenang-wenangnya bagi kuasa ke Cina. Engka tengok dengan kepala mata kau sendiri sudah. Tengok apa yang terjadi baru-baru ini. Tengok isu kalimah Allah, tengok kerajaan Perak time Pakatan Rakyat pegang. Menteri Besar Perak memanglah orang Islam dari PAS, tapi jadi boneka Cina DAP. Sampai bagi hak-milik tanah kepada Cina selama 999 tahun. Sedangkan Melayu dapat 99 tahun. Beza 900 tahun. Tengok Selangor pul...

Ok. Stop. Sebenarnya kalau nak cerita cakap-cakap orang tentang benda ni sampai bila tak habis. Aku cuma nak naikkan satu persoalan sahaja.

Kita tak nak jadi rasis, tapi kita tak nak beri kuasa ke Cina. Ini hakikat pegangan ramai orang Melayu bila ditanya. Kalau kau tak setuju, itu lantak kau.

Kuasa penting woo. Nak bagi ke tidak 'kuasa' orang Melayu itu ke orang Cina?

Januari 18, 2013

Pejabat

Menjadi seorang boss, membuatkan aku perlu lebih berhati-hati menangani pekerja-pekerja aku. Terutamanya dari segi perbelanjaan. Kerap kali aku asyik berada dalam situasi yang menimbulkan persoalan seperti ini;

"Cukup ke atau kurang aku bayar gaji-upah dia ni?" 

Lalu aku memikirkan tentang rasional seseorang pekerja yang boss-nya menyediakan kemudahan tempat kerja. Padahal pekerja-pekerja itu selalu merungut yang berkerja pejabat amat tidak seronok dan tertekan. (Sebenarnya ramai orang komplen kerja office memang tertekan, kan?)

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang boss macam aku untuk berbelanja dengan betul dalam menyediakan kemudahan kepada pekerja? Ini yang sedang aku nak cerita.

Kerja pejabat memang mengecewakan. Dengan suasana pejabat yang selalunya bertemankan lampu kalimantang putih yang menyilaukan, mereka-mereka yang berebut nak photostat, bunyi email dari boss yang asyik arah kau itu ini buat kerja, karenah rakan sepejabat lagi yang kaki tikam, kaki sarkastik dan tak lupa diam membatu bila kau tanya sepuluh patah dia jawab sepatah. Dunia pejabat sekarang seakan dunia penjara dalam kaca tapi kau kena buat juga walaupun kau tertekan, demi tunggu gaji bulanan.

Kenapa kehidupan pejabat sungguh mengecewakan?
Kenapa rakan sekerja kau sanggup tikam kau dari belakang semata-mata nak menangkan idea bodoh boss kau?
Kenapa orang yang berbakat boss kau tak nampak?
Kenapa segala-galanya yang berlaku dalam pejabat terlalu rutin sampaikan dalam 9gag, lawak pejabatlah lawak paling orang tunggu dalam email berantai?
Tiadakah cara untuk jadikan kerja pejabat lebih menyeronokkan?
Kenapa boss anda tak buat satu pejabat dalam taman, misalnya?

Bagi aku, sebagai boss. Kesemua persoalan ini terletak dalam satu perkara akar iaitu;

Menguruskan syarikat dengan sempurna di mana untuk merealisasikan semua persoalan di atas, aku sebagai bos kena hire orang yang berbakat, orang yang ada info, yang jujur, rajin dan semua dibayar dengan gaji-upah yang setimpal.

Tapi percayalah, semua itu mustahil sebab aku sebagai boss, taknak over-paid. Jadi, sejujurnya memang sukar nak bayar orang dengan bayaran sama rata. Kalau kau bangang buat kerja, sikitlah kau dapat. Kalau bagus buat kerja, banyaklah kau dapat. Tapi, kalau kau bagus sangat sampai aku tak mampu nak bayar, aku cadang kau tukar kerja lain atau, kekalkan dengan bayaran gaji yang aku mampu bayar asalkan kau tak menganggur.

Aku sedang berusaha untuk menjadikan pejabat aku lebih baik dari pejabat-pejabat lain. Supaya tak lah pekerja-pekerja aku rasa tertekan bila bekerja. Jadi, aku ingat nak letak banyak buku ekonomi dalam pejabat atau tukar tingkap pejabat. Hey, banyak juga faedahnya. Hehehe.








p/s: Tak sabar nak ada office sendiri, tu yang aku berangan-plan nak buat apa. Pantek juga.

Januari 14, 2013

Banyak

Kelab malam makin banyak. Masjid pun makin banyak. Himpunan makin banyak.

Semua makin banyak.

Yang makin kurang ialah iman.

Nasib baik nama aku ada iman.

:P

Januari 13, 2013

KL112


Benarkah KL112 itu menunjukkan keinginan rakyat? Bagaimana jika ia bukan keinginan seluruh 12 juta pengundi berdaftar di Malaysia, sebaliknya hanya keinginan 100 ribu orang yang mahu menunjukkan kekuatan mereka? - Pemikir.

Renungkan.