Februari 25, 2013

Penerbitan Alternatif : Indie-ke?

Berkunjung ke rumah TITI petang tadi sempena forum Buku Indie (ke?). Aku rasa kelakar tentang forum ini lalu menanyakan soalan kelakar kepada Maryam. 
Sebenarnya tak lah kelakar, aku cuma nak tahu apa dia nak dalam buku-buku (alternatif) ni semua?
Dia nak jalan cerita yang baik-baik ke?
Dia nak bahasa yang tinggi-tinggi ke?
Dia tak nak ada bahasa kesat dan carutan ke?
Dia tak nak ada unsur-unsur negatif ke?

Apa yang dia nak tu aku nak tahu.

Tapi aku boleh pulak bertanya tentang bahasa. Dia nak bahasa baku atau bahasa santai? (menggayakan suara bahasa baku)

Si Maryam jawab dia nak naratif cerita tu biar baik. 

Oh kiranya dia nak jalan cerita tu baik dan bahasa jangan lucah. 

Ok. Lalu aku ketawa lagi. Ketawa sebab lain-lain point aku dengar orang berforum rasa macam takde point.
Sebagai seorang kapitalis.
Ya aku akan terbitkan buku untuk orang macam Maryam satu hari nanti. Mana tahu orang macam Maryam ni ramai. Kapitalis akan buat apa saja untuk menjual jika ada permintaan membeli.

Tapi, sebagai seorang pencinta bahasa, penerbit, penulis dan pembaca.
Jalan cerita kalau tak baik pun, tetap perlu diceritakan.
Bahasa walau lucah sekalipun, tetap perlu didengarkan.

Sebab apa?
Sebab dari yang buruk kita akan belajar untuk terus menjadi yang baik.
Jika semua baik, apa guna syurga neraka?

Ini benda real kan?


p/s : Sampai sekarang aku masih kelakar. Something betei.

Februari 24, 2013

Rabak

Rabak.
Rabak itu apa?
Roboh? 
Hati yang roboh diperlakukan kau?

Rosak?
Diri yang rosak diperlakukan kau?

Rembat?
Jiwa yang dirembat dengan kecurangan kau?

Rakus?
Akal yang tewas dengan kerakusan, kebuasan kau?

Rabak itu kesal.
Hanya kesal. Kesal kerana kenapa bertindak sebegitu.
Kesal kerana apa saja yang berlaku.
Rabak itu kesal.
Rabak itu kesa
Rabak itu kes
Rabak itu ke
Rabak itu k
Rabak itu
Rabak it
Rabak i
Rabak
Raba
Rab
Ra
R
...


























Gelak?
Rabak itu jenaka, bukan?

Februari 20, 2013

Henti

Satu langkah lagi.
Satu langkah ke arah sana.
Langkah kecil yang sekata.
Tanpa takut dan risau.
Langkah pertama yang menentukan segalanya.

Jangan takut sayang.
Aku sebentar saja pergi.
Kau akan rasa seketika.
Ketiadaan aku ini bukanlah mutlak.
Aku hanya mahu masa sendiri.

Biarlah langkah ini bersendiri.

Arah itu menunjukkan.
Tiada penghujung cinta kita.
Tiada permulaan cinta kita.
Tanpa sedar, rasa itu ada.
Pelik bukan?

Mencintaimu untuk hari ini.
Ku harap sama seperti hari-hari seterusnya.
Kerana langkah ku ini membawa dirimu.

24 lautan.
24 awan.
24 kegagalan.
24 percubaan.

Kau masih belum aku capai.
Dan rupa-rupanya aku ini hanya lelaki kedua.
Tak sangka.

Selamat bergembira dengan jodohmu.

Februari 14, 2013

Penerbitan Alternatif

"Buku-buku ni semua buku-buku sampah, tak lama lagi akan lenyap lah trend buku Indie ni. Buku-buku sastera tinggi juga yang akan kekal"

Aku dengar dan hadam sambil berkata dalam hati;

"Aku sendiri membaca buku-buku karya sasterawan negara. Bahasanya tinggi dan tak semua faham. Aku olah dalam bahasa mudah. Apa masalahnya?"

Pertama. Aku tak suka namakan penerbitan atau pun buku INDIE. Aku tak rasa ianya indie. Hanya orang bangang saja akan katakan ia Indie. Sebab dia tak faham maksud Indie. Aku lebih suka katakan sebagai alternatif. Penerbitan alternatif dan buku alternatif. 

Penerbitan indie? Kejadah apa indie kalau kaut profit? Buku indie? Kejadah apa indie kalau cetak kat kilang cina?

Kedua. Penerbitan indie tak wujud. Self-published wujudlah. Jadi, hentikan istilah penerbitan indie. Indie itu untuk terma Do It Yourself. Ya, buku indie wujud. Itupun bila orang yang tulis tu tulis sendiri, design sendiri, cetak kat kedai photostat 4sen , binding sendiri dengan stapler, dan jual sendiri seperti letak kat gig, event buku alternatif seperti frinjan dan art for grabs. Yang itu indie. Paling tidak nak cantik buku tu pun, hantar ke kilang dengan modal sendiri. 

Kalau tak buat tu semua, itu bukan Indie. Kalau kau tulis sendiri, dan kau hantar kat syarikat penerbitan macam aku or Lejen Press or FIXI dan banyak lagi. Mereka yang uruskan proses production buku kau. Itu buku alternatif. Tahu sebab apa alternatif? Sebab proses editing penulisan kau tak serumit dan birokrasi macam penerbitan bukan alternatif.

Ketiga. Apa yang aku faham mengenai penerbitan alternatif dan bukan alternatif ni mudah sahaja.

Penerbitan alternatif; You write, we publish, we pay you.

Penerbitan bukan alternatif; You write, we edit, we edit again, oh you have some words blah blah blah, we will change the story  little, OK we publish. Ok you are not popular writer, we pay you just like this.

Itu saja.

Ngerti?

Februari 04, 2013

Tajuk Tertinggal

2009 - tulis blog
2010 - tulis blog orang lain
2011 - tulis buku
2012 - terbit buku
2013 - terbit buku orang lain
2014 - ?

Kitab Terfaktab 3 : Sarkastik Cinta  dan buku Makan Dalam adalah tulisan baru aku untuk tahun 2013 ini. Jika berminat, belilah. Aku menulis semasa aku di laman cafe pada waktu malam, sambil minum champ tea.