Mac 26, 2014

MH370

1. Bila aku dengar pesawat berakhir di selatan lautan Hindi. Aku rasa ini perkara yang fishy. Ok, sebenarnya dari awal lagi apabila aku ikuti hal MH370 ini, aku memang jumpa banyak perkara yang fishy. Fishy bukan spekulasi. Fishy itu kalau difahamkan dengan mudah adalah seperti kata Tok Moh KLIA;

"Pesawat itu kalau tak terhempas di laut, ia mungkin terbang di udara"

Itu fishy.

Ia sama seperti;

"Anak kau kalau tak lelaki, ia mungkin perempuan."

Ok, dah faham?

2. Banyak perkara yang fishy sebenarnya. Itu belum lagi spekulasi dan konspirasi mahupun teori. Kalau nak senarai semua, memang tak habis Sehinggalah hari ini, kapal disahkan berakhir di selatan lautan hindi. Sebuah lautan yang siapa-siapa belajar geofizik dan oceanography (aku pernah baca buku tentang subjek itu masa di universiti, aku tak ambil subjek oceanography), adalah lautan yang paling sunyi di dunia. Lautan yang tanpa halangan daratan dalam erti ilmu oceanography.

3. Itu sendiri kelihatan fishy. Lautan sunyi, nak sembunyikan kapal ke? Macam juga nak bunuh Altantuya, tu ha sampai ke Puncak Alam yang diketahui memang sunyi. Ataupun nak bunuh Sosilawati sampai ke ladang sawit mana dia bawa. 

4. Aku rasa fishy jika hal masalah teknikal sampai ke lautan hindi selatan jauh perginya. Ia seperti;

"Kereta kau rosak kat Petaling Jaya, sama ada kau bawak kereta itu betulkan kat Hulu Langat atau ke Batu Arang."

Itu fishy.

5. Sama juga macam laporan Fox News yang kata;

"Ah pilot MH370 itu muslim, pengganas banyak dari muslim." 

Itu fishy.

5. Last-last aku fikir, baik horny dari fishy. Ok, aku nak sambung menggoda makwe kejap.


p/s : Sebenarnya aku risau dengan masa depan negara selepas MH370 ini. Takut ada orang kata kita sembunyikan kapal. Jadi macam Afghanistan sembunyikan Osama kena jajah, Iraq sembunyikan WMD kena jajah juga. Ha, nampak permainan siapa kat sini?

p/s 2: Tunggu 28 haribulan untuk lihat banyak perkara yang lebih fishy terjadi.

1 ulasan:

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ berkata...

Dalam byk2 blog post psl MH370, yg ni paling tepat yg ada dalam sanubari hati ni. emm. (kecuali contoh psl altantuya & sosilawati tu la)..
Allah S.W.T je yg Maha Tahu & dgn Dia saje tempat kt nak berlindung. Memang dlm hati ni ada rasa takut. sbb malaysia bukan akan sentiasa aman. anytime.