April 30, 2014

Bakal Mampos Kalau Tak Telus

Sejak akhir-akhir ini, selain kerja aku menghadap manuskrip dan menyusun ruang penerbitan, aku kerap terima termuramah dari pelajar-pelajar bidang penerbitan di Malaysia. Terutama mereka dari jrusan yang disebut meskom

Soalan yang selalu ditanya semestinya tentang macam mana penerbitan Terfaktab ini tertubuh. Which is;

"Aku lemah betul nak jawab soalan ini." kata aku dalam hati.

Aku fikir, jika ada masa, platform atau ruang yang boleh aku huraikan panjang lebar bagaimana penerbitan Terfaktab bermula, aku akan lakukan. Itu pun kalau ada orang yang mahu mendengar. Kalau tak, lantaklah.

Kebiasaanya aku akan menjawab soalan penubuhan ini dengan cerita ringkas. Apatah lagi dengan soalan mengapa aku pilih jalan mewujudkan penerbitan. Bagaimana beroperasi, bagaimana itu ini, menentang ke apa ke dan bla bla bla yang boring.

Senang cakap, panjang ceritanya.

Aku bukanlah seorang yang suka bercakap (dalam menjawab temuramah). Sebab partner aku pernah beritahu aku kalau aku menjawab soalan temuramah, aku akan jawab seperti menteri-menteri, seperti waibi-waibi, seperti eksko-eksko atau seperti pengarah-pengarah. Tak kool. Tukang penerbit alternatif perlu menjawab soalan dengan gaya kool.

Ok. Tutup cerita pasal hal itu. Kita cerita pasal bakal mampos kalau tak telus bila aku ada masa terluang atau ada ruang.

Tiada ulasan: