April 01, 2014

Janji

Dewasa ini, lebih banyak perkara tidak masuk akal ditinggalkan. Yang tinggal hanya janji-janji seorang lelaki matang kepada gadis yang dicintai. Janji-janji masa depan.

Lelaki ini tidak mampu menjanjikan dunia. Tidak mampu janjikan emas permata. Mahupun janji yang memenuhi piawaian 'No money, no talk'.

Lelaki ini mahu si dia tahu pada masa hadapan bila hidup bersama;

Kita mungkin akan tinggal dalam rumah yang kecil.
Kita mungkin akan hadapi kesulitan akibat kekurangan wang menampung hidup.
Kita mungkin akan hadapi musim hujan dan atap rumah kita akan bocor.
Kita mungkin akan mengikat perut kerana sumber yang ada akan diberi ke susu anak.
Kita mungkin akan hadapi saat kehamilan yang memenatkan.
Kita mungkin akan hadapi pertengkaran lewat pulang rumah kerana bekerja.
Kita mungkin akan hadapi perasaan cemburu lalu bertengkar.
Kita mungkin hadapi banyak perkara lagi.

Lelaki ini hanya mahu berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuk gadis yang dicintai. Memadamkan semua kesusahan.

Lelaki ini punyai cita-cita untuk menjadi lelaki yang menyatupadukan anak-anak Malaysia melalui bidang penulisan.

Dia hanya mahu gadis itu sentiasa di sisi.

5 ulasan:

Emma Amir berkata...

Selamat maju jaya. :)

Alyaa TheOnly berkata...

nice

Hasmiza Sobri berkata...

;)

manusiaekstinsi berkata...

bagus cita-citanya.Aku juga tidak terfikir ke situ.

Illyani Ismail berkata...

dipermudahkan urusan...