Jun 25, 2014

Kejujuran Dalam Kehidupan

Air mata lelaki yang sebenar (manly tears) bukan datang dari air mata yang benar-benar turun dari mata. Manly tears turun dari ketiadaan air mata yang hendak digugurkan lagi kerana kekecewaan. Jujur aku memberitahu bahawa lelaki suka menyimpan rahsia untuk mengelak dari melukakan pasangannya. Tetapi, lelaki zaman kini yang bukan datang dari lelaki alpha adalah lelaki yang paling sensitif apabila mendapat tahu pasangannya tidak berlaku jujur dalam relationship.

Bukan sahaja pasangan, malah luas kepada sahabat, kawan dan keluarga.

Berlaku jujur adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan namun ramai orang terutama mereka-mereka yang 'apa entah tak kena dalam diri' sering melakukan ketidakjujuran, kecurangan dan melunaskan rasa tamak tanpa berfikir panjang. 

Apakah sukar menjadi jujur? 

Mudah jika mahu, sukar jika tak mahu. Itu saja. Mahu atau tak mahu.

Terdapat juga faktor lain seperti terdesak dan dipaksa untuk tidak berlaku jujur (keterpaksaan juga boleh diterima pakai). Namun, era 2014 ini yang mana zaman anak muda kita dididik oleh ibu bapa yang tidak memaksa anak-anaknya menentukan halatuju hidup mahupun jodoh, bermakna hal keterpaksaan tidak lagi menjadi perkara pokok untuk dibincangkan. Hanya terdesak menjadi faktor ketidakjujuran boleh berlaku kerana kesempitan wang, perhatian, cinta dan kuasa.

Bagaimana untuk kita mendidik diri sendiri berlaku jujur dalam apa jenis bidang dan perbuatan?

Jawapan yang diketengahkan oleh aku mudah saja. 

1. Berfikiran positif
Sentiasa melihat perkara yang baik boleh mendapat manfaat bersama-sama antara pelbagai pihak.

2. Tidak mengambil kesempatan
Termasuk terhadap kelemahan orang lain, dan kelebihan diri sendiri. Untuk hal kelebihan diri sendiri, apabila cara mengambil kesempatan dilakukan dengan tidak betul, maka ketidakjujuran boleh berlaku.

3. Melakukan perancangan yang telus dan tersusun.
Apabila suatu perancangan tidak tersusun, ia boleh menimbulkan keterdesakan dan membawa kepada ketidakjujuran. Susun perancangan diri dan organisasi serta masukkan kaedah-kaedah yang telus dan tidak membawa kepada sebarang unsur syak wasangka.

Itu saja mengenai kejujuran dalam kehidupan dalam pelajaran Menjadikan Malaysia Yang Lebih Romantik.

Tiada ulasan: