Julai 02, 2014

Menunggu Karma


3 tahun yang lalu pada sekitar September 2011, aku membuka pintu yang membawa aku kepada satu level baru. Membuka pintu untuk merasa sakit. Aku tidak mahu cerita panjang apa yang aku nampak, cukup dengan lagu Nidji menjelaskannya betapa sakit hati sampai boleh keluar suara soprano.

Itu kenangan paling sakit aku dalam cinta. Sehingga kini tiada apa yang lebih sakit dari peristiwa-kenangan-momen tersebut.

Dan aku sedang menunggu karma. Entah kenapa, aku tidak tahu.

Tiada lain yang lebih sakit dari peristiwa itu. Aku anggap peristiwa yang sedih terjadi baru-baru ini adalah tidak seperit yang lepas. Maka, aku boleh lebih cepat mengawal emosi sendiri.

Cuma, kadang-kala langit tak selalu cerah dan apa yang kau cuba nak dan rancangkan tak semestinya dapat. Aku pula, tak mampu menyembunyi kesedihan sendiri. Masih belum cukup topeng untuk dimuatkan ke atas muka. Banyak pengajaran aku dapat sejak akhir-akhir ini dari kesilapan aku sendiri.

Dan aku sedang cuba membaiki diri, berubah ke arah lebih baik dan menjadi lelaki yang aku ingin jadi, mempertahankan wanita yang dicintai sepenuh hati.

--------------------------------------------------------------------------

Buat awak, yang semakin menjauh. Janganlah jauh sangat dari saya kalau ye pun awak benci-sakit hati-menyampah ke saya yang bengong kadangkala dalam memahami awak. Saya ni rindu dengan awak sebenarnya. Sebab tu saya tulis benda alah ni, padahal boleh je saya nak whatsapp awak cuma saya segan dan malu ke awak. Jadi, saya pun tulislah kat blog ni. Saya tahu, tak ramai dah orang baca blog saya. Kahkahkah. Saya dah tak popular pun.

Ginilah awak. Saya ada salah, awak ada salah. Dua-dua salah tu salah yang besar. Kita kawtim maaf antara satu sama lain boleh tak? Kita berdamai dan lupakan benci, marah sedih. Kita senyum, kita berubah jadi ohsem sama-sama dan kita berbaik semula. Kita buka buku baru yang betul-betul baru. Saya tulis dan awak peluk saya dari belakang macam biasa. (eh, maaf bulan puasa. Hehehe).

Saya rindu kat awak lah. Saya asyik tekan 'Ty' kat kotak search Twitter untuk nak tahu apa yang awak tweet. Pun sama saya buat kat Instagram dan Facebook. Stalker kan? Nak buat macam mana. Nama pun rindu, nama pun sayang kat awak. Itu je lah yang saya boleh buat. Sebab nak cakap macam tu ke awak kat whatsapp, kompemlah awak tak layan. Awak cakap nak masa. Jadi saya buat-buat cool lah sekarang ni. Padahal, perasaan rindu tu melonjak-lonjak dalam hati. Sabar je lah saya nasib baik bulan Ramadhan.

Awak, rindulahh 
Awak sihat tak?
Batuk awak dah elok belum?
Macam mana puasa?
Berbuka apa tadi?
Sahur apa?
Awak cantik lah hari ni.
Awak, hensem tak kemeja baru saya?
Awak, bisnes macam mana?
Ada job ni, awak nak tak?
Awak, jom buka puasa sama-sama nak?
Buka puasa kat tempat lilin-lilin tuuu?
Awak dah makan pil supplement subuh tadi?
Awak buat apa kat tempat kerja? Bos bebel lagi ke? 
Sabar lah eh.
Awak, tahu tak BB jem gilerr..
Awak, I love you so much.

Ni semua saya nak tanya dan whatsapp awak. Tapi saya tak boleh nak buat. Sebab apa, awak sendiri tahu. Jadi, saya tulis kat sini je lah. Kalau awak terbaca tulisan saya ni. Saya nak bagitahu.

I really miss you. I'm sorry untuk semua mistake yang saya pernah buat. I love you and please come back to me.

Then kita selfie macam biasa. 

Baliklah ke saya semula cepat. 
Bye.

4 ulasan:

Wadi AR berkata...

buku bukan kitab rumi ada Aqram. hehe

Cik Cikedies berkata...

aku pun rindu dia!!

Aku. berkata...

hehe sadis siut

v{AIN}illa berkata...

adededehhh...sedih gilerrrr