Ogos 24, 2014

Secara Rawak Aku Ingin Merepek Untuk Melengkapkan Kuota Komitmen Menulis Blog

Dilema aku sekarang ialah menaip dan berundur menaip.
Menaip dan berundur menaip. 
Ulang sampai 15 kali. Itulah yang selalu terjadi kepada aku apabila teringin hendak menceritakan sesuatu tetapi tidak dapat menceritakannya melalui taipan aksara kerana aku asyik tekan backspace.

Ini kerana aku lebih banyak membaca dan merasakan apa yang aku baca itu tidak perlu diberitahu. Aku lebih selesa simpan sendiri untuk aku memikirkan hal-hal lain yang lebih baik. Walhal aku ingin menceritakan tentang betapa bangangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang huru-hara dek permainan Langkah Kajang ciptaan Anwar Ibrahim dan Rafizi.

Elok-elok Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar, kau nak ganti dengan Wan Azizah. Apa ke setupidnya tindakan macam ini yang pasti mengundang kemarahan rakyat negeri Selangor. Se-tu-pid.

Kapal terbang hilang dan kapal terbang kena tembak. Semua menangis teresak-esak, hati rasa sebak tapi tidak-kah kita nampak ini semua permainan dunia yang penuh gempak? 

Suatu hari nanti, akan ada peristiwa syahdu melanda seluruh negara dan ketika itu, mungkin akan ada kesedaran bahawa sudah masa untuk kita semua bertindak untuk nampak dengan mata hati yang permainan ini boleh ditewaskan dengan cara yang lebih gempak.

Aku tunggu hari itu.


Dan sambil-sambil itu aku meneruskan hidup macam biasa itu menerbitkan lebih banyak buku. Oh ya, menjawab pertanyaan mengapa kami menerbitkan buku pelbagai jenis dan tidak stick kepada satu jenis. Aku ingin memberitahu bahawa komitmen kami ialah menerbitkan buku sebulan sekali. Tidak kira apa jenis dan apa genre. Kami telah susun supaya budaya pembacaan para pembaca kami lebih pelbagai dan tidak boring.

Boring di sini bermaksud; Kami tidak membiarkan sepanjang masa kamu membaca novel empat puluh ribu patah perkataan itu sepanjang bulan untuk setahun. Itu boring. Bukankah elok kalau begini;

Januari, kamu baca cerita pendek agama. 
Februari, kamu baca puisi kehidupan. 
Mac, kamu baca antologi Inggeris bukan fiksyen isu semasa.
April, kamu rehat beli buku baru.
Mei, kamu baca cerita pendek cinta.
Jun, kamu baca cerita pendek agama.
Julai, kamu rehat untuk raya. Dapat duit raya beli buku baru.
Ogos, kamu baca novel fiksyen urban.
Untuk ganti Julai kamu cuti membaca kerana raya, kamu juga baca buku cerita pendek fiksyen kehidupan pada Ogos.
September, kamu baca novel bahasa Inggeris fiksyen.
Oktober, kamu baca novel fiksyen thriller.
November, kamu baca cerita pendek fantasi.
Disember, kamu baca novel fiksyen drama.

Dan tahun hadapan kami akan susun pelbagai jenis dan genre buku untuk kamu sekali lagi. Tak boirng bukan? Selamat membaca.

3 ulasan:

piNky LuCiA berkata...

Alangkah bagus nya kalau dapat menghabiskan 12biji buku setahun.. aku duk berangan nak habis kan 1bj buku sebulan pun ssh.. hmm.. insya Allah akan dtg boleh kot.

syuhadaa berkata...

Setuju. Memang setupid.

adam berkata...

Dan aku rasa peristiwa syahdu ni seolah kes banjir yang teruk bebenor sangat tahun ni