September 25, 2014

Dah bayar? Balik la

Angan-angan mana boleh berhenti chor.

Jadi, balik tu mesti terpikir pasal apa engko nak kahwin dengan minah tu. Ginilah gua story sikit. Lu baca lah buat habis masa lu. Gua tak paksa lu nak tahu. Butang pangkah ada kat penjuru kanan kalau lu boring.

Gua pun ingat-tak ingat sangat bila gua pertama kali terserempak dengan minah ni. Cuma gua yakin taim tu gua kat UiTM Lendu jual buku.

Lepas tu gua terserempak dia lagi kat Pesta Buku.

Lepas tu gua terserempak dia lagi kat borang beli buku. Acah-acah terserempak lah.

Jadi, gua dengan biasa-biasa usha lah dia punya twitter. Cantik. Dah tahu nama, bolehlah gua tegur barang sepam dua mana tahu sangkut. Nak-nak pulak taim tu memang gua single yang tak berapa nak single. Maksud di sini ialah gua jenis kawan je dengan semua orang takde nak serius sangat berkawan.

Tapi, dalam masa gua tegur minah ni kat twitter, gua rasa ada satu kick dalam hati gua yang kasitau; Weh mangkuk, bila hang nak kahwin? Minah ni macam sesuai dengan engko. Pi lah serius terus

Terus.

Terus gua memulakan taktik-taktik mengorat yang dah lama gua tak guna sejak 2008. Peh, yang sebelum-sebelum ni gua guan taktik biasa je. 4-4-2. 4 mesej, 4 call, 2 jumpa.

Taktik yang dah lama gua tak guna ini ialah taktik 3-3-4. 3 mesej, 3 call, 4 jumpa.

Lu dah tahu taktik ni? Bagus, printscreen dan simpan dalam otak.

Kalau guna 4-4-2 ni selalunya untuk hubungan jauh. 4-5-1 lagi la jarak jauh. Sebab gua tengok dia tak lah jauh sangat, maka gua terus buat serangan. 4 kali jumpa dalam tempoh sebulan. 3 kali call seminggu. 3 kali mesej sehari.

Ha lu nampak tak berkesannya taktik  ni? Peh, dah tahu kenapa lelaki suka bola? Tapi lu jangan risau, ada lelaki yang tak tahu taktik ni. Diorang mungkin kaki bangku.

Jadi, strategi ini berkesan. Maka bermulah bibit-bibit cinta. Macam biasa lah dalam bibit-bibit cinta mesti ada ketawa dan menangis. Ada suka dan duka. Lu kena hadap gak kalau lu dah target; Inilah dia. Inilah wanitanya. Inilah perempuannya. Inilah masa masa depan bersama.

Minah ni gua nak dan suka ke dia bukan dengan satu sebab. Ada banyak sebab. Kadang-kadang gua rasa lucu bila ada orang lain bagi satu sebab je. Puihhh mende.

Antara sebab-sebab itu ialah; Minah ni balas cinta gua balik. Itu je. Simple.

Macam mana lu nak main bola kalau lu tendang bola sorang-sorang? Macam mana lu nak main badminton kalau lu bagi servis tapi takde sapa sambut dan balas servis lu? Macam itu lah jugak dalam cinta.

Lu suka orang, lu nak jadi teristimewa ke dia, kalau dia tak balas. Apa pun tak jadi chor. Benda ini je lah yang buat gua happy sampai gua buat tumbukan padu ke udara. Dia balas cinta gua, dia balas suka gua, dia balas sedih gua, dia balas kasih rindu mak nenek apa-apa lagi lah ke gua balik.

Simple.

Pernah sekali dia tak balas. Tapi kalau gua servis tendang bola sampai 100 kali, takkanlah takde satu pun dia tak balas ye dak? Kakaka. Lu pernah ke rasa ada 100 bola dihala ke muka lu. Mesti tak boleh nak elak. Kena gak balas. Dah balas, balas la balik. Jaga elok-elok.

Jadi, itu pun taktik yang berkesan.

Gua sebenarnya tak tahu nak tulis apa dah sebab kalau banyak sangat taktik gua dedah gua takut jadi macam Menyu. Bangang tak sudah.

Jadi, gua simpan taktik-taktik power yang lain untuk simpanan sendiri. Kalau gua rajin, gua akan tulis dalam buku. Orait?

Chalo!

Tiada ulasan: