November 08, 2014

Nota Untuk Rakyat

Salam sejahtera. 

1. Harga hartanah semakin mencekik darah. Majoriti rakyat terhimpit untuk memiliki rumah, apatah lagi memiliki tanah. Spekulasi harga tanah yang dimonopoli oleh satu kaum telah menjadikan kerosakkan aliran harga hartanah. 

2. Ekonomi Malaysia secara relatifnya maju berkembang. Namun, tidak mendapat pulangan yang berbaloi kerana kos sara hidup dan ekonomi kehendak melebihi ekonomi keperluan. 

3. Politik di Malaysia telah mengajar majoritinya rakyatnya bersikap biadap dan hilang budi bicara mahupun tatasusila. Politik agresif dan terlalu terbuka mencengkam keadilan sosial yang terpesong dari landasan. 

4. Kemudahan media sosial terlalu banyak disalah guna. 

5. Penjualan agama semakin berleluasa. Terlalu banyak produk atas angin yang menggunakan agama sebagai pelaris. 

6. Sikap ingin cepat kaya dan sikap ingin cepat popular telah mula merebak dalam pemikiran rakyat negara ini. Ia mengundang ketidakstabilan sosial apabila sikap itu lebih kepada kontroversi dari kejayaan. 

7. Terdapat satu golongan yang melawan dan menentang. Pada mata mereka ia merupakan ketidakadilan. Namun, cara mereka menyumbang kepada point nombor 3.

Sekian.

Tiada ulasan: