Disember 06, 2014

Bikin Filem

Ketika aku pada tahun satu pengajian, aku bikin komuniti.
Kemudian, aku bikin tshirt.
Ketika aku pada tahun kedua pengajian, aku bikin lagu.
Kemudia, aku bikin album.
Ketika aku pada tahun tiga pengajian, aku bikin penulisan.
Kemudian, aku bikin buku.
Sekarang, ketika aku pada tahun dua pekerjaan, aku bikin entiti.
Dan aku baru lepas bikin filem.

Filem terbitan Terfaktab Media dan RAT Production yang berjudul Ragut. Merupakan adaptasi dari cerpen Ragut oleh Isaac Ismael dalam buku himpunan cerpen best-seller di Kinokuniya iaitu Korban Cinta Remaja.

Mengisahkan peragut yang kemudian bertukar menjadi pembunuh. Menampilkan Auf Razak (pelakon Jalan Pintas) sebagai pelakon utama. 

Baru saja siap, sudah mendapat pencalonan untuk festival filem Labuan, festival filem antarabangsa Johor Bahru dan filem festival antarabangsa Mumbai, India. Not bad jugak lah.

Bikin sana-sini, bikin semata minat. Aku tak tahu apa lagi aku nak bikin selepas ini.
Muzik, baju, buku dan filem telah aku ceburi.

Mungkin aku patut bikin empayar. Maju terus!

Tiada ulasan: