Disember 31, 2014

Sudahkah Anda Mandi Air Banjir Hari Ini?

Elok-elok ekonomi tahun 2012 itu 80.4% dari sektor perkhidmatan (sumber Harakah Januari 2013), tahun 2014 naik MB baru, entah apa gila tebang pokok sana sini buat sektor pembalakan kat kawasan tadahan hujan utama.

Mampos.

Dulu tebang balak juga, tapi takdelah gila sangat. Dulu 2-3 tahun lepas kalau Gua Musang tu banjir, air jernih. 

Sekarang air keladak kuning, air berlumpur.

Ini semua kerja bangang dari tangan pemimpin yang bangang dalam kategori pakai kopiah dan serban. Sedarlah hakikat bahawa kepandaian ilmu seseorang tidak boleh dinilai dengan kopiah, serban, songkok mahupun jubah hatta baju Melayu. Ah, termasuklah pakai blazer kot dan jersi bola.

Kepandaian ilmu juga tidak boleh dinilai dari ilmu Islamik sahaja. 

Seorang sarjana yang diakui memang pandai-cerdik-alim telah berkata;

"Apa guna belajar pengajian Islam tinggi-tinggi tapi ilmu matematik, sains dan finance bangang abadi?"

Punyalah hafaz Al-Quran terer-terer tapi 23+42 pun cari kalkulator nak kira.
Punyalah solat tak henti-henti tapi tak reti beza oksigen dan karbon dioksida.
Punyalah pum pang pum pang pasal hudud dan hukum hakam tapi bila menulis karangan tak reti letak perenggan. 

Aku dah cakap lama dah. 

i. Ilmu dunia dan akhirat kena seimbang.
ii. Politik dan agama jangan campur aduk lah bangang.
iii. Kesian-kesian  jugak, tapi menyampah tak boleh hilang.

p/s: Nak mandi air banjir apa kalau warna kuning macam ni?

Tiada ulasan: