Januari 07, 2015

Pesanan Abang 'Long' Fadil

Aku mula mengenali Abang Long Fadil (ringkas; Fadil) sewaktu menuntut di universiti. Dari jauh kita dah boleh detect Fadil sebab badan dia macam Big Show dengan kegemaran Fadil menunggang motor besar. Ulang alik Tanjung-Danok adalah perkara 'tiada hal' dalam hidup Fadil.

Sewaktu aku bertekad membuka Terfaktab Media.

Fadil menasihati aku.

Oh kenapa Fadil ini aku highlight-kan cerita dia dalam blog? Sebab dia usahawan contoh yang aku boleh masuk dan hadam segala pendapat dia.

Terutama dalam hal penerbitan. Sebab dia taukeh dalam kerja menerbitkan buku, printing banner, beg dan macam-macam lagi lah. Senang cakap, siapa yang tak kenal Abang Long Fadil kat Penang? Hang kalau buat bisnes kat Penang, tapi tak kenal Abang Long Fadil, hang gila.

Even bekas Ketua Menteri Melaka pun kenal dia. Tu dia sampai Melaka. Apatah lagi semua pensyarah dan penjawat awam kelas 41 dan ke atas? 

Abang Long Fadil adalah nama besar dalam industri cetak mencetak di utara.

Jadi nasihat Fadil pada aku ialah, yang aku boleh kongsikan buat korang yang ingin menceburi bidang cetak mencetak;

1. Jangan menipu bilangan cetakan.
2. Jangan tertipu dengan penerbit yang menipu bilangan cetakan.
3. Berlaku adil dalam pembahagian royalti.
4. Beri royalti yang bagus untuk penulis.
5. Rezeki Tuhan datang banyak kepada yang memberi, lebih banyak kita memberi, lebih banyak rezeki yang berkat kita dapat.


Ingat 5 pesanan ini, insyaAllah berjaya.




p/s: Aku rasa Abang Long Fadil dah tak pergi Danok sejak dah kahwin. Kahkahkah.

1 ulasan:

Lelaki berkata...

aku tetap dtg melawat blog ko ni yg ntah apa2...setiap tulisan ko aku mmg hadam sangat...kenyang.


ko tetap sama tapi aku dtg berupa2.

ko tulis apa sahaja aku tetap suka baca...walaupun bagi aku blog ko ni macam gampang tak cantik.

sekian.