Mac 02, 2015

Siapa Sangka?

Boleh dikatakan aku sudah kurang masa utuk menulis pada blog (terang & nyata). Namun, aku cuba selagi dunia penulisan dan membikin buku adalah teras kerja aku. 

Hei, siapa sangka bukan dari tulis blog bertukar kepada kerjaya penerbitan?

Siapa sangka 2008 lepas? Takde siapa yang sangka.

Beginilah. Pekerjaan aku sekarang ialah Managing Director dan merangkap Ketua Editor. Segala manuskrip akan melalui aku dahulu untuk penilaian. Kadang-kadang tu tak semestinya aku tunggu manuskrip datang, mostly aku cari sendiri. Sebab, aku minat.

Pekerjaan aku sekarang adalah atas rasa minat. Passion bak orang putih kabor. Walaupun sebenarnya aku dah lali dengan soalan;

Dulu grad fizik kenapa tukar kepada penerbitan?
Alexia dah takde kenapa nak guna nama Alexia? Fakof.

Dan macam-macam soalan lagi. 

Aku sudah kurang bercakap dengan hal semasa sekarang. Ini kerana isu semasa yang kita dengar kebanyakannya adalah ulangan-ulangan-ulangan-ulangan sejak dari aku buka blog ini dan kau baca blog aku. Terutama politik. 

Malas betul aku nak ulas pasal parti kat Malaysia (misalnya). Memang sudah tidak boleh diubah, UMNO dengan Melayu yang paranoid, PKR dengan tak habis gila glemer, PAS yang pengecut dan DAP yang suka jadi batu api ambil kesempatan.

Semuanya diulang.

Cuma ada satu isu yang paling aku geram. GST.

RM21.20. Itu harga buku baru selepas GST. Aku kesian dengan korang pembaca. Tapi, nak buat macam mana kerana kertas dan dakwat diimport untuk menghasilkan buku.

Sehingga kini aku masih tunggu pengesahan dari pihak pencetak. Kalau diorang cut cukai lama, maka kita mungkin boleh kekalkan harga RM20 lazat dan berkat.

Itu saja aku nak membebel. Chalo!

2 ulasan:

Nadia berkata...

bahan bacaan x dikenakan gst kan?

syira yaya berkata...

Semoga cukai takde dan kekalkan RM 20 yg lazat dan berkat :)