April 13, 2015

Refleksi

(i)

Jika kau katakan aku ini melakukan herdik, tengking, menuduh perempuan murah, atau mencarut ke atas diri kau. Aku tidak ingin memberi pendapat apa-apa kerana apa yang keluar dari mulut aku sedikit pun kau tidak pernah percaya sama ada aku berkata secara lembut atau keras. 

Sebab hingga kini aku masih ingat kata-kata kau sebelum ini terjadi--kau tidak percayakan aku.

(ii)

Kau sering tersalah anggap antara komplen, mencadangkan, memulakan perbualan dan pujian. Aku tidak mengerti mengapa kesalahanggapan masih terjadi.

(iii)


Sekali lagi bila wujud perkataan 'enjoy' yang aku ketengahkan, kau sekali lagi salah anggap bahawa aku menuduh kau perempuan murah. 

Aku masih tidak faham, untuk beri kata apa yang lebih tepat. Seeloknya aku patut berdiam diri dan tidak memberi respon.

(iv)

Terdapat perubahan yang besar tapi kau tak nampak, sebaliknya kau lebih memandang perkara kecil yang tidak berubah dan kau membesarkannya. 

(v)

Kau katakan aku ini penghancur dirimu. Tapi aku tidak pernah sesekali katakan ini sebelum ini;

Kau banyak buang masa aku, tetapi aku tahu masa yang terbuang itu berbaloi dengan melihat senyumanmu.

(vi)

Dan kau masih bertabiat memburuk-burukkan aku di belakang bersama teman-temanmu. Aku tahu itu.

Aku tidak pernah memburuk-burukkanmu di belakang. Aku harap kau berhenti lakukan sebegitu kerana bagi aku, itulah punca bagi segala masalah yang berlaku.


Sekian.

2 ulasan:

Alina Noor berkata...

I hope you'll get everything settled soon. Sounds painful, bro.

♀ cikiejasuriza ♀ berkata...

huhuhuhu...itu pernah terjadi pada diri ini T_T