Disember 09, 2015

Sistem Dunia

Cadanglah segalanya
Keluarkanlah hujah apa saja
Kritiklah semahunya
Kutuk, caci, benci, dan sindir
Pengaruh kawan dan teman
Hebahkan di media sosial
Edarkanlah flyers
Buat ceramah buat perhimpunan
Di dewan mahupun di jalanan.

Hakikatnya inilah sistem dunia,
inilah sistem pentadbiran,
inilah caranya.

Yang mana si kaya akan mengekalkan kekayaan,
meragut si miskin.
Si kerajaan akan memerah si pertengahan,
yang bercita-cita nak jadi kaya, 
tapi sampai masa dicukai-cukai sana sini.
Walhal belum jadi kaya,
sudah pasang niat jika jadi kaya ingin bantu si miskin,
belum jadi, belum jadi.
Sudah diperah si kerajaan,
tukar, tukar, tukar!
Dari bekereta jadi bermoto,
juga ke pengangkutan awam, jalan kaki dan akhirnya dibuang kerja.

Hakikatnya inilah catur yang kita sertai,
jika tidak ingin dalam papan catur,
keluar dari papan catur.

Bina sistem tersendiri.
Lawan kerajaan,
lawan si kaya yang mengekalkan kekayaan,
lawan undang-undang,
lawan perlembagaan,
lawan sultan,
lawan raja,
lawan negara,
lawan dengan tulisan
doa, nyawa dan senjata

Sampai masa,
yang si kaya akan jatuh,
juga kerajaan dan mereka yang memerah bumi dan orang lain.

Tapi,
hakikatnya inilah sistem dunia.
Tak boleh lari,
benarlah pujangga berkata dunia ini penuh tipu daya.
Tipu daya sistem,
Sistem berasaskan keuntungan.


Sekian.

1 ulasan:

Bijen M. berkata...

Orang dah penat dah kot nak melayan isu.
Mungkin sedang berdoa dan berharap cepatlah datang pilihan raya.