Januari 26, 2016

Nilai-Nilai Murni

Kita sepatutnya membina dan mengisi negara ini dengan nilai-nilai murni, bukan semata syariah dan Islamik.

Percayalah, jika negara tidak meletakkan nilai-nilai murni sebagai asas, datanglah apa agama sekalipun sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain, negara akan hancur.

Tetapi majoriti umat Islam di negara ini, sedang mula terlihat lebih gila ingin syariah dan Islamik sampai tidak mengendahkan nilai-nilai murni.

Ini suatu bentuk gelombang yang amat bahaya.

Walaupun ada yang berpendapat agama Islam itu membawa nilai-nilai murni, ya benar. Islam itu membawa nilai-nilai murni tetapi mengapa penganutnya semakin hari semakin hilang sopan dan kemurniannya?

Fikirkan.

Tiada ulasan: