Mac 05, 2016

Bukan Level Kita

Cash is King bukan level kita sebagai rakyat yang wang simpanan tidak pernah ada RM10 juta. Membicarakan wang berbilion sedangkan kita sendiri tidak pernah memegang sendiri wang tunai RM10 juta adalah suatu yang lucu.

Ini permainan pertaruh modal, permainan perniagaan, permainan bangsawan yang ada wang cukup untuk beri makan 7 keturunan. Ini bukan permainan lepasan universiti mahupun pelajar. Bahkan bukan permainan pekerja makan gaji, pekerja kilang mahupun gomen yang baru merasa pakai Perodua Myvi, apatah lagi Honda Civic.

Mereka tidak akan faham, mereka tidak akan tahu.

Ini juga bukan permainan aku. Tetapi seharusnya aku iaini kita semua harus tahu, jika bukan permainan kita, lebih elok kita sedar diri yang ini bukan gelanggang kita.

Kita hidup selepas era pemodenan Mahathir. Ada yang beri kesan baik, dan pastinya ada yang beri kesan buruk. Antara kesan buruk itu ialah kesan buruk terhadap sistem, budaya, dan adab dalam mengendalikan wang, perniagaan dan kuasa.

Ambil contoh; Bilakah bermulanya budaya politik wang berlaku? Zaman Mahathir. Zaman UMNO selepas 1987. Jika ditanya orang UMNO lama siapa yang bawa budaya politik wang, rata-rata akan menuding jari kepada seorang individu yang kini merengkok dalam penjara.

Adalah pelik mengapa budaya seperti ini boleh ada sedangkan Perdana Menteri kita sebelum era Mahathir datang dari latar belakang undang-undang. Jangan lupa, ini bukan permainan kita. Tamak kuasa dan wang bukan capaian kita yang hanya mampu menyewa rumah lingkungan RM1 ribu di Lembah Klang.

Ini belum kita sentuh budaya kronisma dan dana politik dari pemegang-pemegang modal yang rapat dengan Mahathir. Kesemua ini tidak terlalu nampak kesannya pada era Mahathir, kesannya hanya boleh dilihat sekarang.

Pak Lah dan Najib Razak sedang membawa untung dan beban yang dicipta pada zaman pentadbiran Mahathir.

Apabila Pak Lah menggantikan Mahathir, dan apabila Najib Razak menggantikan Pak Lah. Satu-persatu gelanggang permainan dibersihkan. Satu-persatu gelanggang yang dahulunya dimonopoli oleh sekelompok orang dibuka luas oleh Pak Lah dan Najib Razak.

Ini membuatkan mereka yang memonopoli sebelum ini rasa tergugat apabila permainan dan gelanggang mereka dicantas dan dicaras.

Salah satu induk yang mencaras dan mencantas mereka ialah 1MDB.
Salah satu induk yang mencaras dan mencantas mereka ialah Khazanah Nasional.

Ratusan juta. Billion. Tergugat. Tiada cara lain bagi membendung hal ini ialah menjatuhkan reputasi Khazanah Nasional dan 1MDB. Sama ada cara menyelongkar, membawa hal samar-samar dan dakwaan yang ditulis sebagai pendedahan eksklusif.

Liberalisasi ekonomi. Ini yang mereka khuatirkan.

YTL, Berjaya, Genting, IOI, Maxis dan banyak lagi syarikat-syarikat di papan utama bursa KL, cuba kita tanya pada diri kita, apakah syarikat bermodal besar ini tidak tergugat atau untung dengan ekonomi terbuka yang dibawakan Pak Lah dan Najib?

Ekonomi terbuka adalah landskap merakyatkan ekonomi dan memapankan pemain-pemain modal agar lebih saksama. Kesannya? Kita sendiri lihat munculnya jutawan-jutawan menaja pasukan bola sepak, kita sendiri lihat seorang jurufoto menjadi jutawan melalui bengkel yang dikendalikan, atau simposium-simposium perniagaan dan menjadi jutawan pernah dan sedang rancak diadakan.

Kerana ekonomi kita semakin terbuka.

Kita tidak akan jumpa hal ini pada zaman Mahathir. Yang kerap kita jumpa dalam masyarakat ketika itu ialah penipu-penipu skim cepat kaya, sindiket paksa gadai tanah kampung, dan paling tidak dilupakan budaya tunjuk kereta mewah tetapi sebenarnya bangkrap.

Oh, mungkin yang paling elok kita dengar ialah menang RM1 juta pertandingan More Jutaria. Namun, jangan lupa bagaimana allahyarham Sudirman yang merupakan seorang peguam bertukar ke kerjaya penyanyi, no satu asia.

Mungkin ada hal yang baik pada zaman itu, tetapi biarlah yang buruk pula kita ambil pengajaran dan jangan kita ulangi pada era Najib Razak ini.

Terbuka ekonomi, maka lebih terbuka untuk kita bersuara. Juga terbuka untuk menyerang. Menyerang pemimpin, ketua kampung, pak guard, bangla, dan tidak lupa cina berumur yang terlanggar kereta Peugoet putih kesayangan kita.

Kita jangan pernah lupa semua ini dan perlu bermuhasah diri.

Kerana ini bukan gelanggang kita yang sebenar. Gelanggang kita yang sebenar kita boleh tanya pada Sang Pencipta.

Sudahkah kita berbuat baik terhadap sesama manusia hari ini?

Tiada ulasan: